13/12/202 - 2.09am
Setelah lama tinggalkan blog ni terasa nak buka. Sekarang menunjukkan 2.10 pagi, aku baru tidurkan arisya. Selepas tidurkan dia, mahu la buat assignmnt. ouh lupa, aku dah masuk degree in customer service. Allhamdulilah impian yang dulu ingin sambung pengajian berhasil juga walaupun pilihan course bukan yan pertama. aku sudah tahun ke-2 sem 4. iye lagi satu sem and intern aku akan tamatkan pengajian.
Tahun 2020 ni banyak betul dugaan. Sem 3 aku hanya mampu duduk di rumah sewa Puncak Alam hanya dua minggu sahaja hahaha. ingat lagi berita Coronavirus mula naik awal tahun 2020, semua dalam ketakutan. time tu Malaysia mahu saja buat darurat tapi tidak tapi PKP fasa pertama. Kawan-kawan serumah beli tiket awal untuk pulang ke kg masing masing. selamat aku sorang JB, tiket bas masih banyak lagi.
Kerana PKP, duduk ajelah rumah tidak pulang ke kampus sampai la skrg ni. entah bila dapat ke Puncak Alam tu, banyak kenangan di kampus. RINDU!
6hb Dec tu, ibu pergi ke KK Kempas untuk buat swab test sebab dia risau akan kesihatannya. Result yang keluar ialah POSITIF covid-19 Allahu! kesian melihat raub mukanya yang menahan air mata ketika aku, angah and arisya menghantar barang dia. Ibu dihantar ke Kluang. Kini sudah seminggu di Hospital Kluang. aku berdoa Ya Allah ibu disembuhkan kesihatan.
Akibat daripada ada kontrak rapat pesakit covid, aku ayah arisya and firdaus terpaksa buat swab test juga on 11/12/2020. Kami dikuaratin di rumah dan memakai gelang PINK! Allhamdullilah result kami negatif tapi ayah belum keluar result. kesihatan ayah yang seminggu sakit tidak berselera makan, hanya baring meluluhkan hati. Walaupun aku berkeras dengan ayah, aku sayang dia yang berusia 71thn ini. Sedih melihat dia tidak mahu makan. Tadi dia jatuh dalam bilik ketika mahu memakai seluar. Dia tidak larat.
Aku berdoa keputusan ayah negatif. akan aku update selalu di sini InshaAllah. ouh ye, Arisya tu anak buah aku iaitu mak dia sharina, cucu pertama. Menjaga Arisya dan ayah tidak lah sesusah mana. aku dapat buat assgnmnt pada tengah malam. tidak mengapa. walaubagaimana pon, dapat la aku merasa memakai gelang pink ni hahaha cuma keadaan ayah and ibu menyedihkan.
semoga tahun tahun akan datang adalah tahun yang mengembirakan.